Mengawal Marah Dalam Islam
Monday, December 16, 2013 • 11:10 PM • 0 T A L K Y ~ T A L K Y
Apa yang dimaksudkan dengan marah ?
Tentang Marah .
Nabi s.a.w. bersabda : ”Jangan marah.” Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: ”Jangan marah.” (Riwayat Bukhari)
Yang perlu dijelaskan sehubungan dengan hadis ini ialah :~
Kita dilarang marah apabila berhubungan dengan sesuatu yang hanya mengenai hak diri kita sendiri atau hawa nafsu. Tetapi jika berhubungan dengan hak-hak Allah S.W.T, maka wajib kita pertahankan, misalnya agama Allah S.W.T dihina orang dan al-Quran diinjak-injak, dengan cara yang syar’ie dan berhikmah.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali ‘Imran: 134)
Allah S.W.T. menjanjikan cinta-Nya sebagai ganjaran .Tidak mahukah kita akan ganjaran tersebut? Tidak mahukah kita akan cinta-Nya, seagung-agung cinta, seindah-indah cinta?
Mari kita perhatikan jenis ~ jenis manusia yang berkaitan dengan sifat marah .
jenis-jenis manusia berkaitan dengan sifat marah .
Golongan Pertama: Tafrith
Iaitu mereka yang langsung tidak memiliki sifat marah. Apa jua yang berlaku disekelilingnya maka dia langsung tidak menunjukkan perasaan marah. Manusia jenis ini sama sekali tidak memiliki sikap pembelaan terhadap kebenaran. Dia tidak terasa tersinggung apabila agamanya diinjak-injak oleh musuh-musuh Islam. Sedangkan Rasulullah s.a.w. yang terkenal dengan sikap tawaduk tetap mempertahankan maruah agama dengan menentang musuh-musuhnya sekiranya perlu.Firman Allah: Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). (al-Fath: 29) Golongan jenis ini juga apabila terjadi perlanggaran terhadap kehormatan diri mahupun ahli keluarganya maka dia akan menghadapinya dengan sikap yang penuh kebaculan dan terlalu merendah diri. Sedangkan Islam melihat perlunya sikap cemburu demi untuk melindungi kehormatan ahli keluarganya.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya dia (Sa'ad) adalah seorang yang kuat cemburunya dan saya adalah lebih kuat cemburunya (berbanding dengan Sa'ad), dan Allah adalah lebih cemburu lagi daripada saya (iaitu sekiranya Dia melihat hamba-Nya melakukan perbuatan maksiat). (Riwayat Muslim)Jelas di sini sifat tafrith atau langsung kehilangan sifat marah adalah tercela di sisi syarak.
Iaitu mereka yang tidak dapat mengawal perasaan marah lalu bersikap berlebih-lebihan sehingga hilang pengawalan akal yang waras terhadap dirinya. Golongan seperti ini akan berteriak dengan suara yang kuat serta mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat. Ada kalanya sehingga menyebabkan terjadinya pukul-memukul ataupun amukan yang dahsyat sehingga terjadi pertumpahan darah. Marah yang tidak dapat dikawal juga dapat membentuk perasaan dendam, benci dan dengki sehingga mendorongnya untuk melakukan pembalasan terhadap orang yang dimarahinya.Disebabkan buruknya akibat sifat marah yang melulu ini maka Rasulullah s.a.w. amat menitikberatkan agar perasaan itu dikawal dengan baik. Apabila seorang sahabat meminta nasihat daripada Baginda s.a.w, lantas Baginda bersabda: Jangan marah. Kemudian sahabat tersebut mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi baginda menjawab: Jangan marah. (Sahih al-Bukhari, hadis no: 6116). Allah juga memuji mereka yang dapat mengawal perasaan marah melalui firman-Nya dalam surah Ali-Imran: 133-134.
Golongan ketiga: I'tidal
Iaitu golongan yang bersikap sederhana di antara tafrith dan ifrath. Mereka tidak menghilangkan sikap marah secara total tetapi hanya akan marah dalam situasi yang bersesuaian. Akal juga masih menguasai dirinya dan mereka sentiasa mengikuti batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Sebab ~ sebab yang menimbulkan kemarahan .
Sebab-sebab yang menimbulkan kemarahan itu ialah sifat megah diri, membanggakan diri, suka bersenda gurau, membuang masa bermain-main, mengejek, memalukan orang, suka bermusuhan, menyalahi janji dan tamak. Semua sifat yang tersebut di atas adalah budi perkerti yang tercela pada agama, yang mana seseorang itu tidak akan terlepas dari mempunyai sifat marah apabila dia mempunyai sifat-sifat yang tersebut. Jadi untuk menghilankan sebab-sebab yang menimbulkan sifat marah itu tadi, perlulah seseorang itu bersifat dengan sifat-sifat yang menjadi lawannya. Contohnya sifat megah diri, maka perlulah dia bersifat rendah diri untuk menjauhi sifat marah. Begitu juga sifat membanggakan diri, maka perlulah dia menganggap bahawa manusia itu sebenarnya adalah sama rata sahaja.
Adapun sifat bersenda gurau yang menjadi sebab kepada kemarahan, dapat dihilangkan dengan menyibukkan diri dengan kepentingan-kepentingan agama. Begitu jug sikap membuang masa dengan bermain-main dapat dihilangkan dengan kesungguhan mencari keutamaan dengan berperangai baik dan menimba pengetahuan agama yang dapat menjamin kebahagiannya di akhirat kelak.
Sifat mengejek pula dapat dihilangkan dengan sifat memuliakan dan sifat memalukan orang dapat dihilangkan dengan besifat menjaga lidah dari perkataan keji. Begitu juga sifat-sifat yang lain, semuanya dapat dihapuskan dengan bersifat dengan lawannya.
Apabila sifat-sifat ini terhapus daripada diri seseorang, maka suci dan bersihlah dia dari sifat ~ sifat keji tersebut dan terlepaslah dia dari kemarahan yang ada pada dirinya.
Kesan ~ kesan Marah .
Sifat suka marah adalah suatu sifat yang dikeji dan suatu tabiat buruk. Jika seseorang itu menghambakan dirinya kepada sifat marah, nescaya terhasillah kesan-kesan yang memudaharatkan dirinya sendiri khususnya dan masyarakat umumnya.
Adapun kemudaharatan terhadapa dirinya, dapat diketahui apabila kita menggambarkan keadaan seseorang yang sedang marah. Raut wajahnya berubah, darahnya meluap, anggotannya menggeletar, urat-urat lehernya menegang, pergerakannya kelam kabut, percakapannya tidak jelas, lidahnya mudah mengeluarkan kata-kata keji, mengumpat, mengutuk dan kemungkinan mengeluarkan kata-kata haram yang boleh mengeluarkannya daripada Islam seperti lafadz kufur, mencela agama dan seumpamanya. Selain daripada itu, seseorang yang cepat marah itu akan melakukan tindakan-tindakan yang diluar dugaan yang berkemungkinan akan melibatkan kerugian harta dan kesakitan pada tubuh badan.
Adapun kemudahratan terhadap masyarakat, ia melahirkan perasaan dengki di dalam diri dan menyembunyikan niat jahatnya terhadap seseorang. Ia boleh membawa kepada perbuatan menyakiti orang lain dan membenci serta merasa gembira apabila mereka ditimpa musibah.
Seterusnya akan mencetuskan permusuhan dan kebecian di antara sesama manusia. Dengan itu juga, rosaklah kehidupan dan runtuhlah masyarakat.
Ada seperkara lagi yang selalu kita lakukan ketika marah, padahal perkara itu amat membahayakan diri sendiri sebelum ia membahayakan diri orang lain. Mungkin kita menyedari bahawa perbuatan itu salah, tetapi oleh kerana terlalu terpengaruh oleh marah tadi, sehingga kita tidak dapat menimbang lagi segala kata-kata yang diucapkan oleh lidah. Kata-kata itu seperti melaknati orang, menyundal-nyundalkan irang mencelakakan irang dan sebagainya. Sebab jika kita menyebutkan kata-kata yang tidak senonoh itu kepada orang lain, seolah-olah kita telah menuduhnya dengan ucapan kita itu. Andaikata apa yang diucapkan itu memang benar, nescaya kita telah melanggar perintah menyuruh kita menutup segala keaiban orang lain. Orang yang mendedahkan keaiban saudaranya adalah berdosa besar di sisi Allah sekalipun perkara yang dituduhnya itu memang benar. Apatah lagi jika tidak benar, maka dosanya akan bertimpa-timpa lagi.
Ada setengah ulama menganggap ucapan-ucapan seperti “sial”, “laknat”, “celaka” dan seumpamanya sebaga doa, kerana ada sebuah hadith saripada Rasulullah yang melarang perbuatan seperti itu, nescaya bencana ucapan itu akan menimpa orang yang ditujukan ucapan itu, kiranya dia memang patut menerima bencana itu pada ukuran Allah. Tetapi kiranya dia tidak patut menerimanya, maka bencana itu akan kembali menimpa ke atas orang yang menujukan ucapan itu.
Diriwayatkan dari Jabir Radhiallahu ‘anhu, dia berkata: “Suatu masa kami bersama-sama Rasulullah sedang menuju ke medan perang, tiba-tiba ada seorang Anshar merasa tidak selasa terhadap binatang kenderaannya, lalu dia menyumpah-nyumpah binatang itu: Jalanlah, laknat! Maka baginda marah kepada orang Anshar itu lalu bersabda: Turunlah dari binatang itu! Jangan engkau biarkan ia ikut bersama-sama kita, kerana ia telah mendapat laknat. Kemudian Baginda bersabda lagi: Janganlah engkau mendoakan (kecelakaan) ke atas dirimu atau ke atas anak-anakmu atau ke atas harta bendamu, kerana dikhuatiri bertepatan pada saat doa mustajab, di mana setiap hamba yang memohon (berdoa) sesuatu dari Tuhan akan dikabulkan” .
Cara Mengawal Marah .
DIAM apabila manusia marah , biasanya sukar untuk dia menuturkan kata ~ kata yang baik . Dia akan cenderung untuk manghambur segala kata ~ kata kesat yang pasti akan disesali kemudian hari kelak . Maka , salah satu cara yang baik untuk mengawal kemarahan adalah dengan mendiamkan diri . Sabda Rasulullah s. a. w. maksudya ; “Apabila salah seorang daripada kalian marah , maka hendaklah dia diam . “
( Riwayat Ahmad )
DUDUK juga merupakan salah satu cara yang baik untuk mengawal perasaan marah . Jika berdiri , dikhuatiri perasaan marah akan diikuti oleh gerakan fizikal yang lain seperti memukul dan menendang . Hadith Nabi s. a. w. , maksudnya ; “Apabila salah seorang daripada kalian marah sedangkan dia berdiri , maka hendaklah dia duduk agar kemarahannya hilang . Apabila masih belum reda , maka hendaklah dia baring . “
( Riwayat Abu Daud )
MENGAMBIL WUDUK juga merupakan cara yang sangat baik untuk melegakan perasaan marah . Sabda Rasulullah s. a. w. , maksudnya “Marah ialah bara api , maka padamkanlah ia dengan berwuduk . “
( Riwayat al ~ Baihaqi ) .
ISTI’AZAH Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi bisikan/fikiran jahat daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). (Al-A’raaf: 200-201)
Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah S.W.T.
Godaan dan bisikan jahat syaitan itu tujuannya hanya satu, agar kita melakukan perkara yang buruk dan meninggalkan perkara yang baik. Maka berlindunglah kita kepada Allah S.W.T dengan menyebut:
“أعوذ بالله من الشيطان الرجيم”
Dari Sulaiman bin Shurad r.a. katanya:
Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling maki-memaki. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya saya mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (kemarahannya), iaitu andaikata dia mengucapkan: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم, tentulah lenyap apa yang ditemuinya (kemarahannya) itu.”Seseorang lalu berkata kepadanya (orang yang merah padam mukanya): “Sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda: Mohonlah perlindungan kepada Allah S.W.T dari syaitan yang direjam.” (Muttafaq’alaih)
Kita juga boleh membaca ayat Kursi dan tiga surah Qul. Jika kesemuanya telah dilakukan tetapi masih terasa hendak marah juga, itu tandanya anda dikawal emosi dan bukan anda mengawal emosi . Wallahualam ... ![]() |
MY WORDS
![]() ![]() Assalamualaikum ! speaking here is Nur Syafawani . Just call me Syaf , Shasha @ Wanie . Do follow and leave your footprint on my tagboard ^^Y . Be nice here . GIVE ME YOUR WORDS
![]() ![]() OTHERS ![]() ![]() BLOG ARCHIVE ![]() ![]() Churp Churp ![]() ![]() Wanie's Clock ![]() ![]() Music Here
![]() ![]() |